Kerdil dan Bangkai Gergasi
aku yang kerdil bersorak dari jauh
melihat gergasi sundal jatuh setiap
kali
cuba bangun dari asakan pemblog wira siber
yang tak tahu erti undur dan
tak kenal maksud takut
aku yang kerdil merangkak mendekati
monolith yang tersungkur setiap
kali
cuba berdepan dengan wira siber yang
tangkas, tegap, teguh, terrar!
tapi kerdil juga wira siber ini
seperti aku juga rupanya rocky
dan sheih dan jeff dan kadir dan marina
nuraina dan malek dan stephen dan
ahmad dan zahrin dan syed imran dan
lain-lain
ada yang lebih pendek, lebih kecil, lebih halus
dari aku yang kerdil
tapi mereka di dalam gelanggang api
mengenggam bara menelan racun
untuk aku dan kita
wira(dan wiri) siber
aku tak mahu bersorak lagi dari jauh setiap
kali
ada perjuangan, setiap
kali bangkai busuk
cuba merosak hidup kita
isnin dan selasa depan
aku yang kerdil
aku akan berada di atas pentas dan setiap
kali bangkai busuk gergasi rakus
dihempas wira-wiri siber, dan setiap
kali bangkai itu
aku kan terjang, tendang kepalanya
berkali
kali
mari kita bersorak dari dekat
kerana kemenangan milik yang benar.
3 comments:
saudara,
syabbas! setiap kata-- syahdu dan tajam.
perjuangan masih bermula, saudara.
melayu ini kaya dgn sorakan,
setiap kali bersorak kampung tergadai,
esoknya sorak lagi,
sekali lagi kampung tergadai...
Bos!
kutu ni mohon bos tolong gubah semula madah di bawah ni...
Samy bermadah buat Pak Lah
Post a Comment