Friday, January 26, 2007

Setiap kali bangkai busuk ...


Kerdil dan Bangkai Gergasi

aku yang kerdil bersorak dari jauh
melihat gergasi sundal jatuh setiap
kali
cuba bangun dari asakan pemblog wira siber
yang tak tahu erti undur dan
tak kenal maksud takut

aku yang kerdil merangkak mendekati
monolith yang tersungkur setiap
kali
cuba berdepan dengan wira siber yang
tangkas, tegap, teguh, terrar!

tapi kerdil juga wira siber ini
seperti aku juga rupanya rocky
dan sheih dan jeff dan kadir dan marina
nuraina dan malek dan stephen dan
ahmad dan zahrin dan syed imran dan
lain-lain

ada yang lebih pendek, lebih kecil, lebih halus
dari aku yang kerdil

tapi mereka di dalam gelanggang api
mengenggam bara menelan racun
untuk aku dan kita

wira(dan wiri) siber
aku tak mahu bersorak lagi dari jauh setiap
kali
ada perjuangan, setiap
kali bangkai busuk
cuba merosak hidup kita

isnin dan selasa depan
aku yang kerdil
aku akan berada di atas pentas dan setiap
kali bangkai busuk gergasi rakus
dihempas wira-wiri siber, dan setiap
kali bangkai itu
aku kan terjang, tendang kepalanya
berkali
kali

mari kita bersorak dari dekat
kerana kemenangan milik yang benar.