Sunday, June 11, 2006

pulangkan kepercayaaan ku

kembalikan, oh abdullah ahmad badawi
kertas ballot yang ku pangkah buat mu
yang ku pangkah dengan penuh harapan
bahawa gantian mahathir adalah
anak jantan yang
tidak akan
lupa daratan
yang tidak akan
lupa jasa kawan

pulangkan, wahai perdana menteri
mandat yang ku beri
dengan minda dan sanubari
yang dibalut
kepercayaan bahawa badwi ini
seorang yang arif, peka, beradab, dan tulus di hati

tidak kusangka tidak kuduga
oh abdullah ahmad badawi
rupanya slogan (work with me not for me) yang aku dapat
semuanya ternyata hanya helah
suatu penipuan suatu propaganda
kosong tidak bermakna

tapi perdana menteri
ingatlah
bahawa aku dan kami tertipu hanya sa kali
malaysia tiada terpedaya lagi
pulangkan, kembalikan dan kemudian
nyah kau dari pandangan.